Monday, July 27, 2009

May God Blessed You Yasmin Ahmad.

TERNYATA Tuhan lebih menyayanginya. Selepas dua hari terlantar koma di Hospital Pakar Damansara (DSH) sejak Khamis lalu, pengarah filem dan iklan terkenal, Yasmin Ahmad menyahut panggilan Ilahi. Tepat jam 11.25 malam kelmarin Yasmin disahkan meninggal dunia.

Berusia 51 tahun, bakat Yasmin dalam bidang perfileman dan iklan tanah air sememangnya sangat menyerlah. Bermula dengan filem Sepet pada 2004, dia mula dikenali dan karya dihasilkannya mendapat pengiktirafan tidak kira, sama ada dalam dan luar negara.

Bagaimanapun, pada 23 Julai lalu beliau tiba-tiba pengsan ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, TV3. Justeru, beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) DSH dan menjalani pembedahan membuang darah beku dalam otak akibat serangan angin ahmar (strok).

Dilahirkan pada 1 Julai 1958, Allahyarham yang berasal dari Muar, Johor memiliki Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari Universiti Newcastle, United Kingdom.

Apapun, karier seninya lebih dulu dimulakan dalam bidang pengiklanan di agensi Ogilvy & Mather.

Kemudian, beliau menyertai syarikat pengiklanan di Leo Burnett Kuala Lumpur sebagai pengarah kreatif.

Justeru, iklan Petronas dihasilkannya berjaya melonjakkan nama Yasmin untuk diiktiraf pengarah berjaya.

Bagaimanapun, Yasmin juga tidak lari daripada kontroversi.

Filem pertamanya Sepet dikritik hebat kerana menonjolkan hubungan cinta antara pasangan yang berbeza budaya dan agama.

"your film is the best ever"

No comments:

Post a Comment